Fungsi RoketSMS

Apa Itu RoketSMS?

RoketSMS adalah Sistem Marketing Simple melalui SMS untuk memudahkan usahawan berhubung terus dengan para pelanggan.

Apa Fungsi RoketSMS?

Fungsi 1: Mengumpul Maklumat Pelanggan

Anda boleh kumpul maklumat pelanggan melalui 3 cara
  1. Install borang pendaftaran di blog atau website
  2. Hantar link pendaftaran kepada pelanggan
  3. Masukkan sendiri secara manual
Contoh Borang Pendaftaran di Blog
Borag Untuk Memasukkan Maklumat Pelanggan di Dashboard


Fungsi 2: Hantar SMS Kepada Semua Pelanggan

Semua nombor telefon pelanggan akan terkumpul dalam app dan anda boleh hantar SMS kepada semua dengan hanya satu klik.



SMS akan diterima pelanggan dari nombor SMS Gateway. Anda boleh hantar kepada semua rangkaian mudah alih utama di Malaysia - Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan Yes pada kadar rata 10 sen satu SMS.

Fungsi 3: Susun Pelanggan Mengikut Group & Hantar Group SMS

Setiap pelanggan boleh dimasukkan dalam group. Contohnya, anda mahu meletakkan mereka dalam group bakal pelanggan dan yang sudah membeli. Ini memudahkan anda menghantar SMS mengikut segmen pelanggan.

Itu Sahaja Fungsinya?

Ya, itu sahaja fungsinya buat masa ini. Kami reka RoketSMS untuk memudahkan usahawan berhubung terus kepada pelanggan secara paling mudah. RoketSMS juga adalah untuk mereka yang pertama kali melakukan marketing secara sistematik dan mereka yang sudah serabut menggunakan pelbagai tool marketing.

Ada persoalan lanjut? Baca soalan lazim tentang RoketSMS di link ini.



No comments:

Post a Comment