Thursday 22 August 2013

Update Terkini RoketSMS

Alhamdulillah, RoketSMS sudah mula beroperasi untuk mereka yang sudah pra-daftar sebelum 21 Ogos 2013. Pelanggan pertama yang membeli akses RoketSMS adalah Tuan Firdaus Latib - Editor Studio Aksara.


Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sudah mendaftar awal, mohon semak inbox email. Saya sudah hantarkan maklumat bagaimana untuk mendapatkan akses kepada RoketSMS.

Kami akan membuka akses RoketSMS kepada umum menjelang hujung minggu hadapan. Kemungkinan besar hari Khamis. Tuan-tuan dan puan-puan pula akan akan mendapat akses lebih awal.

Kami mendapati kebanyakan tuan-tuan dan puan-puan yang pra-daftar adalah Internet Marketer. RoketSMS sememangnya dicipta khusus untuk membantu Internet Marketer dan mereka yang pertama kali menggunakan sistem marketing.

Sementara menantikan RoketSMS beroperasi sepenuhnya, kami mohon tuan-tuan dan puan-puan Share tentang RoketSMS kepada rakan-rakan. Lebih ramai yang menggunakan RoketSMS, lebih pantas kami boleh menambah fungsi yang memudahkan tuan-tuan dan puan-puan.