Thursday 22 August 2013

Update Terkini RoketSMS

Alhamdulillah, RoketSMS sudah mula beroperasi untuk mereka yang sudah pra-daftar sebelum 21 Ogos 2013. Pelanggan pertama yang membeli akses RoketSMS adalah Tuan Firdaus Latib - Editor Studio Aksara.


Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sudah mendaftar awal, mohon semak inbox email. Saya sudah hantarkan maklumat bagaimana untuk mendapatkan akses kepada RoketSMS.

Kami akan membuka akses RoketSMS kepada umum menjelang hujung minggu hadapan. Kemungkinan besar hari Khamis. Tuan-tuan dan puan-puan pula akan akan mendapat akses lebih awal.

Kami mendapati kebanyakan tuan-tuan dan puan-puan yang pra-daftar adalah Internet Marketer. RoketSMS sememangnya dicipta khusus untuk membantu Internet Marketer dan mereka yang pertama kali menggunakan sistem marketing.

Sementara menantikan RoketSMS beroperasi sepenuhnya, kami mohon tuan-tuan dan puan-puan Share tentang RoketSMS kepada rakan-rakan. Lebih ramai yang menggunakan RoketSMS, lebih pantas kami boleh menambah fungsi yang memudahkan tuan-tuan dan puan-puan.

Saturday 27 July 2013

Mengapa Menggunakan SMS Marketing?

Adakah anda sudah bosan membayar Facebook Ads yang mahal?

Adakah emel marketing anda tidak dibuka oleh pelanggan?

Adakah anda tiada masa memasang poster?

SMS marketing membantu anda mengatasi semua halangan tersebut. Anda hanya perlu ada nama dan nombor telefon pelanggan untuk berhubung terus dengan mereka.

SMS adalah medium yang personal dan tidak akan dibiarkan oleh pelanggan. Mereka akan tetap membaca sebarang SMS yang masuk ke handphone mereka. Jika menggunakan emel, mereka boleh memberikan alamat palsu atau inbox khusus untuk iklan. Oleh itu, mesej anda akan dibiarkan oleh pelanggan.

Melalui perhubungan terus dengan pelanggan, anda boleh menyampaikan secara pantas dan mendapat perhatian mereka. Mereka juga menumpukan sepenuh perhatian kepada mesej anda tanpa diganggu oleh perkara lain.